Seoul Garden Perkenal Menu Eat All You Can, Memang Puas Hati!
Sebut saja nama Seoul Garden, mesti dah terbayangkan macam-macam hidangan yang korang boleh makan kat sini, kan? Tapi kalau datang ke Seoul Garden ni lagi meriah kalau ramai, sedar tak sedar, banyak hidangan yang kita dah makan.
Baru-baru ini kami sempat ke Seoul Garden di Sunway Pyramid. Sekarang mereka tengah ada promosi Sayyy Kimchi, Eat All You Can! Yang menariknya dalam set ini, semua menu dihidangkan berasaskan kimchi.
Set ini didatangkan secara 2 dalam 1 iaitu grill dan steamboat. Jadi korang bolehlah pilih sama ada nak bakar atau stim. Kami kongsikan beberapa hidangan yang korang boleh dapat dalam set promosi terbaru Seoul Garden ini.
Ayam, Kambing & Daging Kimchi
Bagi peminat setia hidangan Korea, pastinya perapan kimchi bersama ayam, kambing dan juga daging lembu adalah pilihan utama. Rasa perapan kimchi yang sedikit masam diseimbangkan pula dengan rasa pedas yang tidak keterlaluan.
Bila letak saja daging atas pemanggang, terus perut terasa lapar sebab ada aroma menyelerakan hasil daripada daging perapan kimchi. Penyudah paling perfect, mestilah bila dapat cicah daging pilihan korang dengan pelbagai pilihan sos yang ada di sini.
Sup Kimchi Jigae
Sup Kimchi Jigae atau Sup Tom Yum Kimchi adalah antara sup untuk steamboat yang menjadi kegemaran ramai ketika makan di Seoul Garden.
Mempunyai sedikit rasa pedas, sup ini sesuai sangat dihidangkan ketika hari hujan. Rasa hangat sup kimchi yang naik ke muka pastinya membuka selera.
Selain itu, kalau korang nak cuba kelainan dan nak cuba sup yang tak pedas tapi cukup menyelerakan, boleh cuba Sup Milky Seafood. Sekali rasa sup ini, memang boleh buat korang hirup berkali-kali.
Tapi kalau korang sukakan pedas, boleh saja cuba sup ini, cuma tambahkan saja cili padi, memang terangkat!
Sup Milky Seafood
Bab pilihan makanan di Seoul Garden memang korang tak perlu pertikaikan lagi. Ada yang datang untuk dapatkan daging perapan dan ada juga yang datang untuk makan selagi boleh semua hidangan yang ada.
Tapi apa-apa pun, semua yang datang pastinya akan bawa keluarga mahu pun kawan-kawan. Seoul Garden sudah beroperasi selama 35 tahun, pastinya mempunyai pelbagai kenangan buat korang yang pernah makan di sini.
Jadi, apa kata minggu ini korang terjah outlet mereka di Sunway Pyramid atau mana-mana cawangan yang berhampiran dengan korang.
Lot LG 2.126, Sunway Pyramid Mall,
No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Hubungi: 603- 5631 7385
Kami kongsikan video buat korang yang nak tengok apa yang kami sempat cuba baru-baru ini.