Ucapan Birthday Buat Isteri Di Sukan SEA Viral
Suami mana yang tak sayangkan isteri, bukan? Malah lagi sweet kalau suami pandai layan isteri dan juga buat ucapan manis bersemut ketika hari lahir. Berbeza dengan seorang suami ini yang dikenali sebagai Wan Zainal di Facebook, ucapan hari lahir buat isterinya mendapat perhatian warga laman sosial.
BACA: 10 Gambar Pembukaan Sukan SEA Mandi Cahaya
Apa yang membuatkannya berbeza adalah kerana ucapan tersebut berlatarbelakangkan pembukaan sukan SEA yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil baru baru ini. Perkara tersebut mula menjadi perhatian apabila anak mereka, memuatnaik status si bapa di Twitter.
Tidak dapat dinafikan bahawa caption ayahnya yang ditulis terselit unsur jenaka dan bersahaja.
“Selamat hari lahir buat teman hidup saya. Pada majlis ini saya menjemput 80,000 orang untuk sama-sama meraikannya bersama kita. Raja, Perdana Menteri dan lain-lain VVIP turut berada di sini,” antara ucapannya buat si isteri. Sehingga kini, ucapan tersebut mendapat lebih 25,000 retweet.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram