Boleh dikatakan dunia diluar sana kini tidak selamat dengan pelbagai kes jenayah dilaporkan saban hari. Malah penjenayah sekarang menggunakan pelbagai teknik licik mereka untuk menjalankan modus operandi mereka.

Baru-baru ini, Facebook Polis Kedah memaklumkan kepada orang ramai satu teknik jenayah samun yang sedang berleluasa ketika ini.

BACA: Ibu Penyamun Kedai Dobi Serah Anak Kepada Polis

Cara yang digunakan adalah penjenayah cuba melakukan rompakan seolah menunjukkan sesuatu pada tayar kereta mangsa. Sekiranya mangsa berhenti akan datang sebuah lagi motosikal lain yang akan menyamun mangsa.

CRIME ALERT!!
TUNJUK, HENTI & SAMUN
#CrimeAlertPDRMKedah

TAKTIK YANG DIGUNA PAKAI PENJENAYAH SEPERTI BERIKUT:

Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT :

Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven dan stesen minyak 24jam.

Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda.

Apa pun diharap anda tidak bertindak sendiri jika situasi tersebut berlaku pada diri anda. Diharap anda dapat kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai perkara ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Ini Cara Sebenar Nak Tuang Sos Cili

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?