Pelajar Buat Petisyen Mohon Tun M Benarkan Lelaki Berambut Panjang Ke Sekolah
Bagi pelajar sekolah, pasti semua tahu dengan peraturan tidak dibenarkan membela rambut panjang. Setiap kali spot check, pasti ramai yang akan trauma jika rambut digunting di oleh guru disiplin.
Susulan isu tersebut, seorang pelajar tingkatan 1, Darrell James membuat petisyen secara atas talian ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya membenarkan pelajar lelaki berambut panjang.
BACA: Polis Akan Tahan Pelajar Ponteng Sekolah Bawa Ke Balai
Melalui petisyen tersebut, Darrel menyatakan peraturan rambut panjang tidak munasabah jika rambut melebihi paras telinga, menutupi dahi dan rambut melebihi paras hidung atau lebih 15 sentimeter dikira melanggar peraturan sekolah.
Peraturan itu tidak lagi relevan & tidak boleh diguna pakai
Malah katanya lagi, peraturan itu tidak lagi relavan dan tidak lagi boleh diguna pakai di abad ke-21 kerana alasan bimbang dengan jangkitan kutu sedangkan pelajar wanita dibenarkan berambut panjang.
Jelasnya lagi, masalah kutu kini boleh diselesaikan dengan penggunaan produk syampu anti kutu dipasaran.
Kataya lagi, pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan pelajar perempuan dibenarkan adalah diskriminasi jantina. Kementerian pendidikan sepatutnya memberi fokus atau memperbaiki persekitaran pembelajaran yang baik dan bukannya menguatkuasakan peraturan remeh.
Menerusi petisyen itu juga, dia mahu pelajar atau ibu bapa mereka dibenarkan untuk menentukan gaya rambut kerana mungkin ada keluarga miskin yang tidak mampu menampung kos memotong rambut setiap bulan.
Setakat ini, petisyen tersebut sudah mendapat tandatangan sokongan sebanyak 476. Apa pendapat anda dengan cadangan pelajar ini?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Cari Forum