Bercakap tentang hal jodoh, tiada siapa tahu siapakah pasangan kita dan bilakah kita akan bertemu dengan jodoh kita. Seperti pasangan ini, mereka tidak menyangkan bertemu jodoh di sebukan pusat hiburan.

Kisah pasangan Hidayah Azman dan Muhammaf Azmi tular di media sosial selepas wanita itu berkongsikan tentang pertemuan mereka. Menurut Hidayah, dia bertemu dengan suaminya itu pertengahan tahun lalu.

BACA: Geram Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Kahwini Selimut

Ujarnya lagi, dalam tempoh perkenalan yang agak singkat, mereka akhirnya membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan.

Malah mereka tidak lagi ke kelab malam sebaliknya mengikuti kelas bacaan Al-Quran bersama-sama sejak sebelum Ramadhan lalu.

Hidayah berkata, apa yang membuatkan dia tertarik dengan suaminya kerana sikap lelaki itu yang sangat menghormati dirinya.

“Sebelum jumpa suami saya sudah memperlahankan aktiviti ke kelab malam tapi masa tu ada kawan lama ajak jumpa di Trec. Saya pergi bukan untuk enjoy tapi niat untuk teman kawan sahaja. Masa tulah jumpa suami saya, dia tegur dan cakap nak berkawan.

“Saya terpikat sebab dia respect saya, dia tak sentuh saya. Saya rasa selesa kenapa dia nak protect saya padahal kami tak kenal pun,” katanya kepada mStar Online.

Mengakui dia dan suami ada menjejakkan kaki ke kelab malam sebanyak dua kali selepas berkahwin, namun dia berkata dia mula sedar dan nekad untuk berubah bersama-sama suaminya.

“Bila pergi sana, tiba-tiba nampak ramai anak Melayu termasuk saya. Saya terfikir sampai bila nak duduk sini?

“Saya paksa diri dan ajak suami berubah. Saya pun bukannya baik tapi sebagai isteri saya kena ajak dia ke arah kebaikan,” ujarnya.

Katanya lagi, suaminya juga bersungguh-sungguh apabila dia menyuarakan hasrat untuk menyertai kelas mengaji Al-Quran.

Dalam pada itu, Hidayah berkata dia sangat terharu dan tidak menyang perkongsian kisahnya dan suami itu mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu