Aktivis Cadang Haramkan Motosikal Bawah 250cc
Susulan banyak kemalangan maut melibatkan motosikal dan merupakan yang tertinggi berbanding kenderaan lain, seorang aktivis kemalangan jalan raya mencadangkan motosikal Bawah 250cc diharamkan di atas jalan raya.
Memetik laporan The Malaysian Insight, perkara itu disuarakan oleh Shahrim Tamrin yang mengatakan negara lain seperti China dan Taiwan sudah pun mengharamkan motosikal kapcai.
BACA: Minyak Percuma Untuk Penunggang Motosikal Sebulan Sekali
Aktivis itu turut menggesa kerajaan hanya membenarkan skuter elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 80km sejam di atas jalan raya.
Malah katanya lagi, penggunaan motorsikal dibawah 250cc meningkatkan aktiviti lumba. Ujarnya lagi, ramai pengguna motosikal kapcai terutama anak muda akan mengubah suai supaya menjadi lebih laju sekaligus menyumbang kepada kemalangan.
Dalam pada itu, cadangan Sharim Tamrin mendapat perhatian dan sokongan Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ugut Bakar Stesen Minyak Sebab RM20
Suspek Kes Bunuh Di Stesen Minyak Lari Ke Thailand
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIRAL!!! PISANG NUGGET DI MALAYSIA – AKAN BUKA DI PAVILION – SANG PISANG BY KAESANG
- SUMBER
- The Malaysian Insight