Seronok betul bulan Oktober ini, banyak pula promosi daripada Starbucks. Promosi minuman serendah RM2.5 menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet masih lagi berlangsung, nampaknya ada satu lagi promosi daripada rangkaian kafe kopi terkenal itu.

Untuk pengetahuan anda 1 Oktober merupakan sambutan Hari Kopi Sedunia dan bersempena sambutan tersebut, Starbucks menawarkan promosi minuman mereka serendah RM8.

BACA: Starbucks Tawar Promosi Minuman Hanya RM2.50 Sahaja!

Namun perlu diingatkan promosi ini hanya terhad pada hari ini sahaja bermula 9 pagi tadi dan berakhir 9 malam ini. Masih sempat lagi untuk dapatkan minuman Starbucks kegemaran anda.

Anda boleh dapatkan Americano, Cold Brewed Coffee, Caffe Latte dan Cappucino bersaiz Grande dengan hanya RM8 sahaja.

Untuk tawaran pada jam 12 tengahari hingga 3 petang, anda boleh dapatkan 2 minuman Frappucino Caramel, Mocha dan Espresso bersaiz Grande dengan harga RM20 sahaja.

Pada jam 3 petang hingga 6 petang ini, anda boleh dapatkan minuman Mocha, Caramel Macchiato, Asian Dolce Latte dan Cocoa Cappucino bersaiz Grande hanya RM10.

Waktu malam bermula 6 petang hingga 9 malam, jangan lepaskan untuk dapatkan 2 minuman Frappucino, Mocha Praline, Asian Dolce, Java Chip hanya RM25.

Anda boleh dapatkan tawaran promosi ini di semua cawangan Starbucks seluruh malaysia kecuali di lapangan terbang dan Genting Highlands. Promosi ini tidak sah untuk diskaun atau promosi lain dan tidak layak untuk ganjaran kad Starbucks.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Di Shah Alam Ini Sentiasa Penuh, Apa Rahsianya! 😱