Berita baik buat semua rakyat Malaysia, dalam pembentangan bajet belanjawan 2020 petang semalam, kerajaan memutuskan kenaikan gaji minimum kepada RM1,200 mulai 2020 berbanding RM1,100 sekarang.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ianya dapat menambah baik kehidupan rakyat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan itu hanya untuk di wilayah bandar utama sahaja.

BACA: Bajet 2020: Individu Bujang Lebih 40 Tahun Terima RM300

 

“Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

“Justeru, bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar utama, Kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata selain mewujudkan peluang pekerjaan baharu, kerajaan juga akan meneruskan usaha untuk memodenkan pasaran buruh negara dengan menambah baik syarat-syarat pekerjaan untuk pekerja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini