Pelajar 23 Tahun Miliki Syarikat ‘Runner’ Bernilai RM1 Juta
Bukan mudah untuk mencari pekerjaan zaman sekarang sehinggakan ramai graduan di luar sana masih lagi menganggur. Dikala mahasiswa lain sedang runsing memikirkan pekerjaan selepas tamat belajar, Muhammad Ziyad Mohd Yazid sudah memiliki sebuah syarikat bernilai RM1 juta.
Siapa sangka, pelajar Universiti Sultan Zainal Abiding (UniSZA) ini sudah melangkah jauh dengan menjalankan perniagaan penghantaran barang atau ‘runner’ yang dijenamakan sebagai ‘GetRunner’, melalui syarikatnya itu.
BACA: Usahawan Jana RM8 Juta Sebulan Hanya Jual Durian, Buah-Buahan
Namun, pelajar berusia 23 tahun ini tidak keseorangan, syarikat tersebut diasaskan bersama dua lagi rakannya Khairul Ikhwan Zulkefly, 27, dan Wan Muhammad Amirul Amin, 22 pada tahun lalu.
Pelajar tahun akhir Fakulti Sains Sosial Gunaan itu berkata dia mendapat ilham menubuhkan syarikat itu berdasarkan pengalamannya bergelar ‘runner’ sejak tahun pertama di universiti.
“Pada waktu itu ramai rakan tidak mempunyai kenderaan, jadi saya yang mempunyai kenderaan ini menolong mereka menyelesaikan pelbagai urusan seperti membeli makanan dan menghantar barang.
“Dari situ saya terfikir yang potensi dalam bidang ‘runner’ ini sangat besar. Jadi saya pun serius mengatur langkah untuk membuka syarikat ini,” katanya.
GetRunner merupakan sebuah platform menghubungkan para ‘runner’ dengan pelanggan yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk penghantaran makanan dan barang, pembayaran bil serta penghantaran ‘surprise’.
Setakat ini, syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan di tujuh daerah di Terengganu dan di Kulim, Kedah serta Kota Bharu, Kelantan dengan mempunyai 107 ‘runner’.
Ujar Ziyad lagi, matlamat utamanya mengasaskan perniagaan seumpama ini adalah membantu masyarakat termasuk pelajar dan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk menjana pendapatan secara fleksibel dan mudah.
Berasal dari Shah Alam, Selangor, Ziyad menganggap dirinya bertuah kerana memperoleh geran hasil menyertai pertandingan keusahawanan dan ia dijadikan modal untuk membuka syarikat tersebut.
Katanya lagi, selain membangunkan aplikasi GetRunner bagi telefon pintar pada Februari 2020, beliau dan rakan-rakan menyasarkan untuk meluaskan perkhidmatan di setiap satu daerah pada setiap bulan bermula tahun depan.
Meksipun sibuk dengan perniagaannya, Muhammad Ziyad tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sentiasa cemerlang dalam peperiksaan sehingga menerima Anugerah Dekan setiap semester.
Malah, turut diberikan Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2018 atas sumbangan dan penglibatan aktif dalam pelbagai kelab dan persatuan termasuk mengasaskan Kelab Keusahawanan UniSZA pada tahun pertama pengajiannya.
ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang
- SUMBER
- mStar Online