Ahli Parlimen Belanda Mahu Pertandingan Melukis Kartun Nabi Muhammad Diteruskan
Sebagai umat Islam kita mengetahui bahawa wajah Nabi Muhammad tidak boleh dilukis mahupun dilakarkan. Hukumnya haram jika ada pihak atau individu yang berbuat demikian.
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang ahli Parlimen Belanda yang juga merupakan anti-Islam berhasrat untuk mengadakan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad selepas usahanya sejak tahun itu terbatal selepas mendapat pelbagai ancaman daripada umat Islam.
BACA: Islam Liberal Di Jakarta Semakin Berani Jual & Makan Babi
Nampaknya, tahun ini ahli politik tersebut Geert Wilders sekali lagi mengajak pengikutnya di Twitter supaya menghantar lukisan kartun wajah Nabi Muhammad kepadanya.
Menerusi perkongsiannya itu, dengan angkuh dia mengatakan kebebasan bersuara mesti mengatasi keganasan dan fatwa Islam. Berdasarkan pengumuman itu, pertandingan tersebut akan dianjurkan Dewan Perwakilan Parlimen Belanda.
Pada tahun lalu, rancangan ahli parlimen itu untuk mengadakan pertandingan serupa telah mencetuskan kemarahan orang Islam terutamanya di Pakistan.
Satu bantahan besar-besaran di adakan di Pakistan menggesa dunia Islam lain bersatu untuk memutuskan pertalian mereka dengan Belanda. Bagaimanapun beliau membatalkan acara itu selepas menerima ancaman bunuh.
Sehari selepas pengumuman dibuat oleh Wilders, seorang lelaki Afghanistan dilaporkan menikam dua pelancong warga Amerika Syarikat di stesen kereta api utama di Amsterdam dan dia dihukum penjara 26 tahun pada Oktober lalu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Sinar Harian