Vellfire, Honda Accord Dipilih Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi
Mmum mengetahui sebelum ini Proton Perdana dan Toyota Camry menjadi pilihan sebagai kereta rasmi kerajaan. Namun berbeza dengan kerajaan baharu ini memilih Toyota Vellfire dan Honda Accord sebagai kenderaan rasmi menteri dan pegawai tinggi.
Memetik laporan Malay Mail, kerajaan memerlukan sebanyak 32 unit Toyota Vellfire untuk menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi.
BACA: Kerajaan Perlu Tampung Hutang, Tiada Lagi Wang Percuma Untuk Rakyat
Kerajaan juga turut menyediakan sebanyak 3,000 unit Honda Accord untuk kegunaan pegawai-pegawai kerajaan. Kesemua unit kenderaan-kenderaan ini akan digantikan setiap 4 tahun.
Kerajaan juga bercadang menggantikan 1,300 unit kenderaan peronda Mobile Patrol Vehicles (MPV) dalam tempoh 5 tahun akan datang, selain membeli 8,000 unit Proton Saga dan Persona untuk kegunaan jabatan-jabatan lain.
Dalam pada itu, pihak kerajaan juga bercadang untuk menggunakan kenderaan daripada jenama tempatan iaitu Proton Persona dan Saga sebanyak 8,000 unit untuk kegunaan jabatan-jabatan kerajaan.
Kontrak kenderaan ini dibuka untuk semua selepas kontrak 25 tahun bersama Spanco tamat hujung tahun ini. Kontrak baharu selama 15 tahun itu akan membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Malay Mail