Pelajar Indonesia Dipenjara 30 Tahun Selepas Merogol 136 Lelaki
Seorang lelaki warga Indonesia disifatkan sebagai ‘perogol paling prolifik’ di Britain selepas disabit dengan lebih 150 kesalahan serangan seksual ke atas lelaki, termasuk 136 kes rogol.
Reynhard Sinaga, 36, didapati bersalah menyerang 48 lelaki yang ditemui di luar bar atau kelab, diberikan dadah dan membawa mereka pulang ke apartmennya di Manchester.
BACA: Kakak ‘Backup’ Suami Rogol, Liwat Adik Kandung Hingga Hamil
Menurut laporan, dia akan berkeliaran di jalanan Manchester awal pagi untuk mengumpan mangsa yang mabuk dan seorang diri berdekatan kelab malam di rumahnya.
[Video] Siapakah Reynhard Sinaga?
Reynhard adalah seorang warga Indonesia yang baru dijatuhi hukuman seumur hidup setelah dinyatakan bersalah melakukan perkosaan dan serangan seksual terhadap 48 pria Inggris. Nyaris 160 dakwaan dijatuhkan, menurut jaksa. pic.twitter.com/dZxqGAsMfG
— BBC News Indonesia (@BBCIndonesia) January 6, 2020
Kebanyakan mangsanya diumpan dengan menawarkan tempat tidur atau minuman. Sinaga akan memberi mangsa dadah sebelum memulakan aktiviti jijiknya sambil merakam aksi tersebut dengan telefon bimbitnya.
Mangsa-mangsanya kebanyakannya heteroseksual, hanya dapat mengingati sedikit serangan yang dilakukan atau tidak ingat langsung apa yang berlaku pada diri mereka.
Perbuatan suspek terbongkar apabila seorang mangsanya melawan ketika diserang dan melarikan diri ke sebuah balai polis bersama sebuah telefon bimbitnya.
Menurut laporan media, Reynhard mula menyerang lelaki sejak dia mula berhijrah ke Britain pada tahun 2007, dia dikenali sebagai pesalah seksual paling teruk dalam sejarah negara.
Lebih teruk, Sinaga turut menyimpan trofi hasil perbuatan jenayahnya seperti mengambil jam tangan dan dompet mangsa serta dan mengambil gambar mereka dalam keadaan tidaka berpakaian.
Polis menemui bahan grafik yang bersamaan dengan 250 cakera padat digital atau 300,000 gambar berkaitan serangan seksual Reynhard dalam telefon itu
Sinaga dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun untuk 159 kesalahan yang dilakukannya antara Januari 2015 hingga Mei 2017.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram