Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.

Body shaming bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita. Tapi kebiasaannya body shaming ini banyak berlaku kepada mereka yang berbadan besar. Seperti gadis ini, yang menjadi mangsa body shaming sehingga membuatkan dia nekad untuk menurunkan berat badan.

BACA: 6 Bulan Tak Minum Air Manis, Gadis Dedah Berat Turun & Kulit Flawless

Gadis bernama Farah Hilado ini berkongsi cerita dia sering diberi gelaran tertentu seperti badak dan dugong oleh rakan-rakan ketika di sekolah hanya kerana dia berbadan besar.

Ujarnya lagi, disebabkan bentuk fizikalnya itu dia tidak mempunyai ramai kawan sehingga membuatkan dia nekad untuk berubah.

 

“Sewaktu sedang menuntut di sekolah menengah, memang banyak kali saya kena body shaming dan perkata itu membuatkan saya rasa down.

“Siapa yang sedih apabila digelar badak, dugong dan sebagainya. Disebabkan berbadan besar, saya tidak punyai ramai kawan. Mungkin ada segelintir yang memilih rupa, fizikal dan penampilan cantik berbanding hati,” katanya.

Memulakan misi untuk menurunkan berat badan pada penghujung tahun 2017, ketika itu berat badannya hampir mencecah 90 kilogram.

Ujarnya untuk permulaan dia cuba mengurangkan pengambilan nasi namun hasilnya agak lambat dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak makan nasi.

Selain itu, Farah turut mengamalkan minum air perahan lemon tiga kali seminggu yang dibuatnya sendiri dan berhenti minum minuman bergas. Katanya lagi, dia hanya mengambil minuman manis sekali sekala sahaja.

Dalam pada itu, Farah turut mengamalkan bersenam pada setiap pagi hujung minggu dan pada sebelah petang pula dia hanya memasang lagu rancak dan menari di bilik sehingga keluar peluh.

Farah berkata lagi, hasil amalan pengambilan makanan dan senaman yang konsisten selama dua tahun dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 36 kilogram.

Farah turut menasihati mereka diluar sana yang ingin menurunkan berat badan supaya bersabar dan diet secara sihat serta tidak mengambil ubat sembarangan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?