Seperti diketahui, Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebelum ini telah memperkenalkan Program Sarapan Percuma (PSP) kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia yang sepatutnya berkuatkuasa pada 20 Januari ini.

Susulan perletakan jawatan Maszlee pada 2 Januari lalu, ramai yang tertanya-tanya adakah program PSP itu akan diteruskan. Terbaru, Tun Dr Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa PSP akan tetap dilaksanakan namun dengan sedikit perubahan.

BACA: Sarapan Percuma Buat Semua Pelajar Sekolah Rendah Mulai Januari 2020

BAKU, 26 Okt — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang akhbar bersama media Malaysia sebelum berlepas ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BAKU, Oct 26 — Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad speaking at a press conference with Malaysian media before leaving for Turkmenistan for a two-day official visit.
–fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHTS RESERVED

Menurut Tun M, program sarapan itu hanya akan diberikan kepada pelajar yang tidak berkemampuan atau miskin sahaja. Katanya lagi, tidak adil jika sarapan diberikan kepada semua terutama pada golongan kaya.

“Kita akan teruskan program kita sekarang ini, fokus kepada mereka yang tidak berkemampuan, berikan sarapan kepada semua bermakna mereka yang mempunyai wang adalah golongan kaya, yang mendapat makanan di rumah, jadi ia tidak adil.

“Kita akan teruskan apa yang kita ada sekarang ini dan tambah kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, Maszlee berkata Program Sarapan Percuma (PSP) adalah inisiatif Kementerian Pendidikan bagi memastikan pelajar sekolah mendapatkan makanan bernutrisi, supaya terus kekal sihat dan fokus semasa sesi pembelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Asam Pedas Rasa Kayu?