Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan
Tidak sampai seminggu berada di pasaran nampaknya McDonald’s Malaysia terpaksa menamatkan menu McFlurry Durian D24 yang diperkenalkan pada 24 Ogos baru-baru ini dan ia mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pengemar aiskrim dan durian.
BACA: Aiskrim Perisa Maggi Kari Kini Di Jerman
Kenyataan tersebut dibuat oleh McDonald’s di Facebook rasmi mereka mengenai penamatan penjualan aiskrim tersebut kerana tidak dapat stok durian yang lebih untuk membuat pes durian yang digunakan untuk adunan McFlurry.
Daripada komen orang ramai di post tersebut ramai juga yang melahirkan rasa sedih kerana tidak sempat untuk merasai menu yang mendapat sambutan lima kali lebih banyak daripada menu McFlurry yang lain.
Nampaknya memang benar durian adalah raja segala buah kerana para pengemarnya akan tertarik dengan apa sahaja menu yang diperbuat daripada buah durian.
Namun begitu usah terlalu bersedih kerana McDonald’s telah berjanji akan membawa kembali McFlurry Durian D24 untuk jualan tahun hadapan.
Jadi buat sementara itu ubati rasa kekecewaan anda dengan cendol durian yang banyak dijual sekarang dan dengar cerita di Kampung Baru ada cendol durian yang best.