Demi Bola Sepak, Satu Kerusi Di Mamak RM50?
Tidak dapat dinafikan pasti ada rasa kecewa apabila Malaysia terlepas pingat emas untuk acara bola sepak Sukan SEA 2017 kerana tewas 0-1 kepada Thailand namun semangat juang para pemain skuad bola sepak negara sememangnya patut diberi kredit.
BACA: KJ: Ulat Tiket Akan Diambil Tindakan
Acara yang berlangsung pada malam semalam penuh dengan kontroversi mengenai penjualan tiket perlawanan yang dikatakan tidak adil sehinggakan Ultra Malaysia tidak dapat bersama memberi semangat kepada skuad negara di dalam stadium.
Itu belum lagi dengan kerenah ulat tiket yang mengambil kesempatan menjual tiket dengan harga yang berlipat kali ganda kepada para penyokong bola sepak negara.
Oleh kerana itu ramai penyokong memilih untuk menonton perlawanan tersebut di restoran mamak bagi merasai kemeriahan bersama penyokong yang lain.
Sekadar ingin bergurau, seorang lelaki bernama Mohamad Sharizat Mat Jusoh telah menulis di Facebooknya mengenai tawaran tempat duduk strategik di restoran mamak yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong.
“Kedudukan meja yang sangat strategik, di mana setiap pergerakan bola dapat dilihat dengan jelas, ditambah dengan bunyi ‘speaker’ (pembesar suara) yang kuat. Sesiapa yang berminat nak duduk semeja, boleh PM (mesej peribadi) saya dan saya akan bagi butiran akaun. Setelah anda ‘bank-in’, sila whatsapp resit bayaran untuk dapatkan kata laluan ketika hendak duduk di meja tersebut. Hanya RM50 satu kerusi. Cepat, sementara stok masih ada,” ujarnya di status Facebook.
Mohd Sharizat turut memberitahu mStar Online bahawa dia menempah tiga meja di restoran mamak tersebut untuk menonton perlawanan semalam bersama tujuh rakannya yang lain.
VIDEO: Pyan Dah Gemuk, Perut Berlapis Teruk?
- SUMBER
- mStar Online