Suasana Penuh Bercahaya Di Sunway City Pasti Buatkan Anda Tidak Terlepas Pandang
Walaupun sambutan Aidilfitri pada tahun 2020 cukup berlainan, semangat untuk berhari-raya ternyata masih membara. Ramai yang menggunakan media sosial sebagai medium pengantaraan yang membolehkan kaum keluarga, sanak saudara dan rakan- taulan untuk berhubung di antara satu sama lain.
Kes penularan wabak COVID-19 di Malaysia juga makin berkurangan. Kini, dengan penguatkuasaan PKPB, sektor ekonomi di Malaysia sudahpun dibuka secara berperingkat.
Bersempena dengan bulan Syawal ini, pastinya anda tidak akanmelepaskan peluang untuk menikmati kemeriahan di Sunway City yang dihiasi secara menyeluruh dengan lampu bergemerlapan indah yang berkonsepkan keunggulan.
Setibanya anda di pintu gerbang di Sunway City, anda pasti akan disambut dengan hiasan lampu yang diilhamkan oleh buruj bintang-bintang yang bersinar.
Kalau anda nak tahu, rekaan dan lambang bulan sabit dan bintang di sepanjang rekaan ini melambangkan agama Islam.. Pastinya ada tidak akan “miss” hiasan di kesemua lampu jalan di sekitar Sunway City.
Bintang-bintang yang menghiasi seluruh Sunway City ini pula direka dengan lima bucu, yang mewakili lima rukun Islam. Pastinya sentuhan warna “royal blue” menyerlahkan bintang-bintang yang terpancar terang di sekitar Sunway City.
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana konsep “Unggul” ini diilhamkan? Konsep ini terilham bukan sahaja pada Hari Raya, tetapi semua perayaan yang disambut adalah istimewa. Setiap perayaan pastinya membawa seribu makna kepada setiap individu yang menyambutnya.
Seperti tahun-tahun yang lalu memori sambutan perayaan Aidilfitri pasti tersemat di dalam hati semua umat Islam di Malaysia.
Bak kata orang, “Raya Setahun Sekali je”, jadi apa kata kita raikan bersama-sama saat dan nikmati hari yang istimewa ini.
Konsep hiasan “Unggul” ini akan di kekalkan sehingga bulan Julai. Jadi, jika berkesempatan, jangan lupa singgah sebentar di Sunway City!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.