Ini Cara Berkesan Buang Biji Cili Kering
Membuang biji cili kering sebelum digunakan merupakan cabaran yang harus dilalui oleh semua golongan yang gemar memasak. Kali ini, kami akan kongsikan dengan anda cara-cara paling berkesan dan mudah untuk membuang biji cili kering dengan cepat.
BACA: Resepi Daging Masak Tempoyak Yang Digilai Ramai
Perkongsian dari Mama G Food Industries akan menjimatkan masa anda seterusnya dapat menyiapkan hidangan dengan lebih cepat.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Benda Yang ‘Merecik’ Sangat Ni?
- SUMBER
- MAMA G FOOD INDUSTRIES