Kisah Benar Pemandu Grab Yang Bersangka Baik
Sebelum ini kita sering mendengar kisah kurang enak mengenai pemandu kereta Uber atau Grab terhadap penumpang mereka. Nampaknya masih wujud pemandu Grab yang baik hati dan baru-baru ini kisah mengenainya tular di laman sosial seterusnya dijadikan contoh kepada pemandu-pemandu Grab di luar sana.
BACA: Tersedu Ibu Menangis Bila Terima Hadiah Dari Anak
Lelaki tersebut dikenali sebagai Fadhli Sahar, menceritakan pengalamannya menghantar satu pasangan berbangsa India datang dari Singapura untuk pergi ke rumah keluarganya di Subang Jaya.
Walaupun alamat yang diberikan salah kerana lokasinya yang tidak tepat, Fadhli melihat semula alamat yang diberikan oleh sepupu pasangan terbabit dan ternyata lokasi alamat sebenar adalah di tempat lain.
Selepas itu, Fadhli mengambil keputusan untuk menghantar mereka ke alamat yang betul dengan mengenakan bayaran sebanyak RM5 sahaja kerana dia kasihan melihat pasangan itu panik apabila diberitahu alamat yang diberikan adalah salah.
Setibanya di lokasi yang betul, pasangan tersebut memberinya RM50 tanpa meminta baki bayaran walaupun dia hanya mengenakan caj RM20 termasuk tambang asal.
“Tidak mengapa. RM20 untuk tambang. RM30 untuk kebaikan anda,” kata pasangan itu yang menolak apabila Fadhli ingin memulangkan baki bayaran.
Walaupun dia memberitahu mereka bahawa baki mereka terlalu banyak untuknya, pasangan itu hanya menjawab kebaikan yang ditunjukkan olehnya lebih berharga daripada bayaran tambang.
Selain itu, Fadhli mengalami situasi yang berbeza namun begitu terkesan buat dirinya apabila dia terlanggar sebuah kereta di kawasan Glenmarie, Shah Alam apabila pemandu kereta yang dilanggarnya sangat tenang dan mudah memaafkannya tanpa memarahinya.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk membayar lebih dari kerosakan kereta pemandu tersebut kerana kelakuan baiknya itu setelah dia teringat kata-kata pasangan berasal dari Singapura dahulu.
“Oleh itu, kalau ada orang buat kebaikan kepada kita hargailah dia. Bukan mudah nak jumpa orang baik ni. Kalau tak nak bayar pun cakap terima kasih pun tak pa. Mereka pasti gembira punya,” katanya sebelum mengakhiri penulisannya di akaun laman sosial Facebook miliknya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Best ke makan di Shell Out ni?
- SUMBER
- FB FADHLI SAHAR