Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun
Tidak tahu bagaimana hendak disifatkan apabila seorang bapa kandung tergamak merogol, meliwat dan melakukan gangguan seksual kepada anak perempuannnya sendiri sebanyak 623 kali sehinggakan mangsa mengalami trauma dan luka yang teruk di bahagian kemaluan.
BACA: Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Menurut Astro Awani, Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali turut sebak ketika membacakn fakta kes dan membuatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut terkejut dengan fakta tersebut.
Daripada fakta kes, anak perempuan yang berusia 15 tahun itu turut pertama kali diliwat ketika mengerjakan ibadah umrah di Mekah pada 3 April 2015.
Mangsa mengalami kesakitan yang tak terhingga sehingga mangsa menjerit dan terkeluar najis kerana terseksa sebegitu.
Tertuduh yang berusia 36 tahun itu dikatakan setiap hari akan meliwat dan merogol anaknya sebanyak tiga kali sehari termasuk ketika bulan Ramadan.
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan kepada tertuduh setelah mengaku bersalah di ats 623 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan serangan seksual kepada mangsa.
Dalam masa yang sama, Peguam Negara, Tan Sri Mohamend Apandi Ali turut mengesahkan kes ini adalah tertuduh pertama di Malaysia yang didakwa dengan beratus pertuduhan yang melibatkan jenayah seksual.
VIDEO: Roti Telur Cheese Power Bak Hang
- SUMBER
- Astro Awani