Ayam Percik Abang Sado Laris Di Bazar Ramadan
Siapa sangka pada mulanya niat ingin membantu rakan berniaga ayam percik akhirnya menjadikan seorang lelaki berbadan sasa dan memiliki paras rupa menarik menjadi perhatian pengunjung-pengunjung bazar Ramadan di Johor.
Fahmi Masri Rahimi, 22 tahun, menolong rakannya berniaga setelah dia habis bekerja pada siang hari tidak menyangka akan menjadi ‘buah mulut’ orang ramai setelah melihatnya di bazar Ramadan di Taman Budaya, Batu Pahat, Johor dan mengambil gambarnya lalu gambar tersebut menjadi tular di laman sosial.
“Saya terkejut sebenarnya, tak pernah terfikir akan sampai ke tahap begini. Alhamdulillah tak sangka pula Allah bagi rezeki macam ni kat saya,” ujarnya kepada mStar Online.
“Saya tolong kawan-kawan sebenarnya. Boleh kira ini kerja part time saya. Sebelah pagi saya kerja sebagai pomen motor, petang saya berniaga ayam percik tapi tak sangka gerai kami dapat sambutan,” katanya.
Ayam percik yang dijual memang berpatutan harganya iaitu RM 2.50 satu cucuk dan ia turut menjadi salah satu faktor gerai itu mendapat sambutan hangat.
“Alhamdulillah, semua habis. Makin hari tak menang tangan dibuatnya. Dah sibuk macam peniaga bazar Ramadan di KL,” tambahnya sambil berseloroh.
Selain itu, dia juga menyimpan hasrat untuk berniaga ayam percik sendiri setelah dikenali ramai. Jika dulu dia hanyalah seorang mekanik biasa kini dia dikenali sebagai abang sado jual ayam percik.
Kini ramai anak muda mula menceburi bidang perniagaan. Semoga semua perniagaan berjalan lancar dan sama-samalah kita menyokong generasi anak muda seperti ini sehingga berjaya suatu hari nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Benda APA Boleh Dapat Dengan Singgit Kat Bazar Ramadan?
- SUMBER
- MSTAR