Suami Isteri Gaduh Sebab Ubat Gigi
Kita menggosok gigi setiap hari dan pastinya memerlukan ubat gigi jika ingin menggosok gigi. Jika orang terdekat ingin meminta untuk berkongsi sedikit ubat gigi, ia seharusnya tidak menjadi masalah besar namun seorang wanita di Singapura berang apabila suaminya memberi kebenaran kepada pembantu rumahnya untuk menggunakan ubat gigi kepunyaan mereka.
BACA: Capati Tak Bulat, Suami Cekik Isteri Sampai Mati
Seorang wanita dikenali sebagai Yu Hong Hong, 41 tahun, didakwa mengancam suaminya menggunakan gunting selepas bergaduh kerana ubat gigi, lapor Shin Min Daily News.
Pergaduhan suami isteri itu berpunca apabila suami Hong Hong memberi pembantu rumahnya menggunakan ubat gigi mereka tetapi tidak disenangi oleh isterinya, lapor The Straits Times.
Wanita warganegara Cina yang baru sahaja diberi kewarganegaraan Singapura itu kemudiannya bertindak memarahi dan menampar pembantu rumah warga Myanmar itu selepas tidak bersetuju dengan keputusan suaminya.
Selepas itu, Hong Hong mengancam suaminya menggunakan gunting kemudian ditolak dan menghubungi polis, namun ditahan kerana melakukan jenayah ancaman.
Pihak polis menjelaskan mereka dimaklumkan mengenai jenayah ancaman di sebuah rumah di Blok 447, Hougang Avenue 10 pada pukul 8.53 pagi.
Walau bagaimanapun, wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin, menurut Shin Min. dan siasatan kes berkenaan masih lagi berjalan, lapor The Straits Times.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tomyam Dalam Kelapa Kat Seri Keningau Serius Power
- SUMBER
- MSTAR