Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya Aidilfitri namun pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan gerai yang juga menjadi punca pendapatan kepada sekumpulan peniaga di Petaling Jaya.

Semasa kejadian tersebut, peniaga gerai-gerai di sekitar kawasan Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak didatangi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meroboh gerai mereka.

BACA: Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia

Sumber dari mstar.com.my

Seorang peniaga, Sam, 36 tahun, menyatakan kejadian seumpama ini tidak seharusnya berlaku kerana mereka telah membuat rundingan bersama Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar untuk merobohkan gerai selepas hari raya nanti.

“Kita bersetuju untuk gerai-gerai dirobohkan selepas raya, tapi kami terkejut bila DBKL datang roboh hari ini. Siapa yang tak marah, raya dah nak dekat, macam mana kami nak cari duit untuk raya. Mereka tak tepati janji,” ujarnya kepada mStar Online.

Terdapat enam buah premis yang dirobohkan oleh pihak DBKL termasuklah gerai makan, premis cuci kereta dan bengkel motosikal.

“Sekarang yang tinggal hanyalah Kabin Belia Sejagat tempat penduduk di sini melakukan aktiviti sosial dan sebuah karaoke terbuka,” katanya.

“Kami sudah lama cari rezeki di sini, kenapa baru sekarang mereka nak ganggu kami. Bukankah kami sudah setuju roboh lepas raya,” ujarnya yang sudah lama menetap di situ sejak 1998.

Sumber dari mstar.com.my

Selain itu, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, dia mengaku terdapat rundingan dari pihak peniaga gerai mengenai perkara ini namun menafikan isu roboh lepas raya.

Tambahnya lagi, tujuan gerai-gerai tersebut dirobohkan adalah kerana kawasan itu akan dibangunkan menjadi medan selera baru yang lebih selesa dan sempurna bagi menggantikan kesemua gerai yang dirobohkan.

“Kita tiada niat lain melainkan mahu meningkatkan taraf kehidupan mereka, kita tak mahu mereka terus berniaga secara haram. Apa yang kita nak bagi kepada mereka adalah jauh lebih elok, cantik, bersih dan tersusun berbanding apa yang ada sekarang,” katanya sambil mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Special : Perth