Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Dibuka Semula Bulan Depan
Berikutan bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar dan mengorbankan 23 nyawa, pusat Tahfiz tersebut akan beroperasi semula pada bulan depan di bangunan baru yang akan diperiksa untuk mendapatkan sijil layak menduduki agar kejadian lalu tidak akan berulang lagi.
BACA: Dendam Sampai Bakar, Punca Dari Ejek Mengejek
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood berkata, bangunan baru yang akan menempatkan pelajar yang terselamat itu kini sedang diubah suai.
“Bangunan itu juga akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki,” katanya.
“Apabila semua proses itu selesai baru kesemua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajaran,” jelasnya.
Selain itu, pelajar yang terselamat seramai 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun turut diberi cuti sementara bersama keluarga masing-masing.
Nampaknya pihak pengurusan lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan serta mengambil pengajaran daripada kejadian kebakaran yang berlaku pada Khamis lalu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Level Mati | Bandung Part 01
- SUMBER
- BERNAMA