Menteri: Tahun 2020 Tiada Warung Tepi Jalan
Warung makan tepi jalan adalah sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia sehinggakan mudah untuk kita temui warung sebegitu di mana sahaja akan tetapi menjelang tahun 2020 kelak, keadaan tersebut mungkin akan berubah apabila Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan tiada lagi penjaja tepi jalan menjelang tahun 2020.
BACA: Ini Sebab Ramai Pakai Sarong Naik Keretapi
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor.
Menurut beliau, para peniaga tepi jalan akan dipindahkan ke tempat yang lain ataupun mengunakan kenderaan saji (food truck) untuk aktiviti perniagaan.
Dalam masa yang sama pihaknya juga akan memastikan para penjaja tidak lagi memasak di tepi jalan. Ini kerana, penjaja perlu memasak makanan di tempat lain sebelum dibawa ke tapak penjualan yang disediakan.
“Ketika ini terdapat ribuan peniaga tepi jalan di Wilayah Persekutuan. Cadangan ini juga akan membabitkan penjaja yang menjual pisang goreng atau nasi lemak di tepi jalan yang akan dipindahkan.
“Kita akan naik taraf peniaga di tepi jalan ini kepada sistem yang berbeza selain akan menyediakan ruang berniaga yang khusus untuk mereka,” ujarnya ketika ditemui oleh BH Online.
Langkah tersebut akan dilaksanakan bagi mengurangkan risiko dari segi kesihatan serta keselamatan para pelanggan dengan lalu lintas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: Sempat Rembat Headphone Sony Harga RM1, 299? 😱 😱
- SUMBER
- bh online