Azan Awal Sangat, Rakyat Kelantan Terpaksa Ganti Puasa
Sebuah stesen radio tempatan memohon maaf kepada rakyat negeri Kelantan kerana tersalah memutarkan azan Maghrib lima minit awal daripada waktu sepatutnya. Ia telah menyebabkan ada sesetengah rakyat Kelantan telah berbuka puasa setelah mendengar azan dari radio tersebut.
BACA: Niat Tolong Orang Berniaga Dibalas Cacian
Mengikut seorang pengguna laman sosial Facebook, dia menyatakan stesen radio tempatan THR Gegar negeri Kelantan telah memutarkan azan Maghrib pada pukul 7.23 malam sedangkan waktu sepatutnya ialah pada 7.27 malam di negeri itu.
Pelbagai respon diterima dari pengguna laman sosial itu malah ada yang meminta pihak radio memberi penjelasan mengenai kesilapan itu serta membuat permohonan maaf secara terbuka supaya orang lain dapat menerima penjelasan mengenai isu ini.
Mengikut apa yang dikatakan oleh THR Gegar, mereka mengalami masalah teknikal semasa kejadian sedang berlaku. Oleh itu, mereka telah mengenalpasti punca kejadian dan telah mengambil tindakan yang sepatutnya.
Difahamkan, pihak THR menggesa sesiapa yang membuka puasa mengikut azan Maghrib dari radio itu wajib ganti puasa. Malah, Nik Mohd Nizam Mohd Nasir, Penolong Pegawai Agama (Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan turut memberitahu rakyat Kelantan wajib ‘qadha’ puasa jika mengikut hukum mazhab.
Diharap kita semua lebih berhati-hati dan sentiasa melihat jam bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi pada masa akan datang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Rasa Bebola Nasi Goreng Mazirah Buat Ni?!!
- SUMBER
- KISAH DUNIA