Ugut Bakar Stesen Minyak Sebab RM20
Siapa yang tidak takut apabila diugut seorang pelanggan yang mahu membakar tempat kerja kita? Gara-gara terlalu berani mengancam seorang pekerja di stesen minyak, seorang pegawai bank didenda selepas dia mengakui kesalahannya itu di mahkamah.
BACA: Suami Isteri Curi Tabung Derma Tahfiz
Tertuduh, S. Shashitaran, 29 tahun, didakwa mengisi minyak dalam keadaan mabuk di sebuah stesen minyak Shell, Lebuhraya Damansara Puchong pada 12.30 tengah hari Ahad lalu.
Dia meminta seorang pekerja, Muhammad Daniel Roslan, 20 tahun, untuk mengisi minyak keretanya sebelum tertuduh berang dan enggan membayar RM20 jumlah petrol apabila diminta untuk membuat bayaran.
Kemudian, tertuduh menolak dan mengugut pekerja tersebut dengan membakar stesen minyak menggunakan pemetik api yang berada di tangannya tetapi sempat dihalang oleh pekerja itu. Cayalah!
Namun, langit tidak selalunya cerah kepada tertuduh apabila pekerja berkenaan membuat laporan polis dan dia ditahan serta dibicarakan tidak lama selepas penahanannya.
Shashitaran mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM4,500 oleh Mahkamah Majistret.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membolehkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kesimpulannya, berfikir dahulu sebelum bertindak jika anda tidak mahu ditahan polis akibat kata-kata dan perbuatan anda bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh
Kisah Sebenar Akak 3 Anak Jual Nasi Lemak Tepi Jalan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!
- SUMBER
- SINAR HARIAN