Kita perlu makan untuk hidup tetapi ramai ambil mudah bila cakap tentang larangan selepas makan. Asalkan perut kenyang dan selesa, mesti ada perkara yang anda lakukan tanpa sedar ia sebenarnya tak bagus untuk kesihatan. Rupa-rupanya ramai yang buat lima perkara di bawah ini selepas makan.

BACA:Datang Pulau Pinang, Kena Singgah Muzium Makanan Ini

1. Merokok

Sumber dari pixabay.com

Tak lengkap rasanya jika tak merokok selepas makan untuk perokok tegar dan mereka akan gelisah jika tak dapat merokok lepas makan. Sebenarnya merokok selepas makan bahaya untuk kesihatan anda kerana tembakau dalam rokok menghalang penyerapan vitamin dan mineral.

Tunggu setengah jam selepas makan baru merokok, okay?

2. Tidur

Sumber dari shutterstock.com

Bila perut dah kenyang, mula la mata cepat layu kan? Memang syok kalau dapat tidur selepas makan tapi ia juga akan mengundang penyakit berbahaya seperti angin ahmar, pedih ulu hati dan banyak lagi.

Kesian perut tengah bekerja keras untuk menghadam makanan yang telah dimakan semasa anda sedang tidur.

3. Mandi

Sumber dari menshealth.com

Ada sebab kenapa orang tua-tua melarang kita mandi selepas makan. Proses penghadaman makanan boleh terganggu jika anda terus mandi lepas makan kerana perbezaan suhu badan. Ambil masa 30 minit selepas makan sebelum anda mandi.

4. Bersukan

Sumber dari fitlandiafitness.com

Bila rasa bersalah kerana terlalu banyak makan, ada yang mengambil keputusan untuk bersukan walaupun baru lepas makan.

Malah, ada yang berpendapat makan sebelum bersukan dapat memberi tenaga tetapi ia sebenarnya akan membuatkan anda cepat mual dan sakit perut dengan segera. Makan satu jam sebelum bersukan jika anda perlu makan.

5. Makan Buah

Sumber dari schoollockers.com

Kita sering terpengaruh dengan kebiasaan orang luar yang makan buah-buahan selepas makan hidangan berat. Seeloknya makan buah-buahan satu jam awal sebelum makan kerana buah merupakan makanan yang mudah dihadam.

Jika anda makan buah selepas makan hidangan berat, ia akan bertukar menjadi gas dan seterusnya tidak elok untuk perut anda.

Mungkin perkara-perkara di atas nampak kecil tapi jika diteruskan, ia mungkin membahayakan kesihatan anda. Ingat, mencegah lebih elok daripada mengubati.

ARTIKEL BERKAITAN:
Masuk Pertandingan Makan, Mati Tercekik
Makan Meggi Dalam Gayung Masjid Buat Ramai Sebak
10 Tempat Makan ‘Rare’ Di Selangor

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali!