Ini 2 Makanan Yuna Makan Ketika Ikat Perut Di Bumi Amerika
Berada di perantauan memang mencabar lebih-lebih lagi jika anda merantau di negara yang mempunyai perbezaan tukaran matawang sangat tinggi seperti di negara-negara Barat.
Penyanyi berasal dari Malaysia, Yunalis Zarai tidak terkecuali mengalami pengalaman yang tidak akan dilupakan pahit manis menempah nama di peringkat antarabangsa.
BACA: Makan Ubi Rebus Di Sekolah?
Baru sahaja melangsungkan pertunangan pada bulan lepas, penyanyi bersuara unik ini juga dikenali sebagai Yuna berkongsi pengalaman sepanjang berada di Los Angeles semasa baru menetap di Amerika Syarikat.
“Saya makan mee segera atau nasi dengan ikan sardin untuk simpan duit kerana semuanya mahal di LA,” katanya.
Walaupun begitu, dia bernasib baik kerana memiliki rakan-rakan yang sentiasa menjaga makan minumnya di sana.
Malah, dia turut pernah merasai pengalaman berkongsi duit RM50 (USD15) bersama ahli-ahli kumpulannya yang lain dan pernah bekerja tanpa gaji semasa mereka baru hendak mencipta nama.
“Saya akan sentiasa ingat (siapa yang membantu). Terima kasih,” ujar Yuna yang bersyukur dikurniakan rakan-rakan memahami situasi dirinya.
Tak dapat kami bayangkan bagaimana Yuna boleh survive dengan hanya makan mee segera dan sardin berulang kali sebelum dia dikenali di sana.
ARTIKEL BERKAITAN:
Awas! Jangan Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan
Datang Pulau Pinang, Kena Singgah Muzium Makanan Ini
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- ASTRO AWANI