Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan terutama dari segi kebudayaan namun timbul pula isu hak milik sesuatu budaya.

Baru-baru ini seorang peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia mengambil gambar dengan kuda kepang menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia kerana Malaysia dikatakan mencuri tarian kuda kepang. Whaaaat?

BACA:Iklan Aiskrim Viral Indonesia Kembali Lagi!

Sumber dari Miss Grand Malaysia Organisation

Kekecohan ini terjadi apabila Sanjeda John memakai pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang semasa penggambaran membuatkan rakyat Indonesia berang dan mendakwa Malaysia mencuri tarian kuda kepang mereka.

Pertandingan Miss Grand International itu berlangsung di Vietnam sehingga 25 Oktober ini.

Sumber dari Miss Grand Malaysia Organisation

Malah, mereka turut menyatakan tarian itu adalah budaya asal penduduk Jawa dan tak sesuai dijadikan identiti Malaysia. Tapi, tarian kuda kepang sebenarnya berasal dari Johor.

Mungkin mereka ini tidak tahu bahawa Malaysia juga serumpun dengan mereka kerana sebahagian daripada rakyat negara ini juga berasal dari keturunan Jawa, Bugis, Acheh dan Minang.

Sebelum ini, Malaysia dikatakan mencuri makanan tradisional negara itu seperti rendang, cendol, popia, nasi goreng dan batik serta lagu Rasa Sayang.

Diharap rakyat Indonesia lebih bersifat terbuka dan positif supaya hubungan kedua-dua negara lebih kuat dan erat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Bendera Indonesia Terbalik, Laman Web Malaysia Digodam
Inilah Dia Iklan Aiskrim Indonesia Yang Viral Satu Dunia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia