Kita selalu menganggap bangunan pusat Tahfiz atau pondok Tahfiz tidak kemas, sempit, lama dan macam-macam lagi.

Namun, tanggapan anda pasti berubah selepas melangkah masuk ke bangunan Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia di Taman Putra Kajang yang disifatkan bertaraf lima bintang.

BACA: Pengetua Pusat Tahfiz Dituduh Songlap Duit

Bangunan tiga tingkat itu mempunyai empat laluan menghubungkan bahagian atas bumbung yang juga merupakan kawasan beriadah dan perhimpunan untuk pelajar-pelajar pusat Tahfiz itu.

Selain itu, asrama menempatkan para pelajar turut selesa dengan jarak katil yang luas untuk menyenangkan mereka bergerak, almari berasingan dan mempunyai penghawa dingin.

Mesti pelajar di pusat Tahfiz lebih semangat untuk belajar bila dapat pelbagai kemudahan yang selesa untuk mereka.

Bahkan, aspek keselamatan turut diberi perhatian serius dengan menyediakan pelan tindakan kecemasan, lampu dan tangga kecemasan, hos air, penggera keselamatan, alat pemadam api, tangki air untuk memadam api, tingkap jerisi besi mudah dibuka dan katil besi serta permaidani kalis api.

Memang sesuai pusat Tahfiz ini menjadi pilihan orang ramai untuk menghantar anak mereka dan digelar pusat Tahfiz bertaraf lima bintang kerana kemudahan yang disediakan meyakinkan ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Dibuka Semula Bulan Depan
Ini Luahan Siti Hasmah Terhadap Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz
Datuk Vida Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah 12 Oktober Ini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!