Surau merupakan tempat ibadah untuk umat Islam dan kesucian tempat itu harus dijaga. Namun, sebuah surau di Kampung Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dicemari dengan aktiviti pembungkusan dadah oleh dua orang individu yang didakwa pengedar dadah di kawasan itu.

BACA: Rumah Dekat Surau, Lelaki India Boleh Azan & Hafal Surah

Aktiviti tidak bermoral itu dapat dikesan oleh pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah yang melakukan Ops Sarang.

Kami difahamkan aktiviti tersebut dilakukan sejak lima bulan lepas dan kedua-dua suspek berjaya ditahan kelmarin pada pukul 5.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan menemui heroin seberat 52 gram (g), methamphetamine (5 g) selain merampas peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok.

Menurutnya, harga satu paket dadah dijual antara RM30 hingga RM100 bergantung kepada jenis dan berat dadah.

Malah, Haslah turut memberitahu dadah itu juga dipercayai diseludup dari luar daerah untuk dijual dalam daerah tersebut.

Licik betul pengedar dadah sekarang hingga sanggup mencemar kesucian tempat ibadah seperti surau. Semoga mereka mendapat pengajaran dan polis dapat membendung aktiviti tidak sihat ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Masuk Islam Sebab Azan
Khatib Tertinggal Rukun Khutbah, Solat Jumaat Tak Sah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry