Sebuah pusat Tahfiz di Klang mengalami kebakaran di bahagian asrama yang terletak di tingkat atas bangunan berkenaan. Kira-kira empat bilik asrama lelaki dijilat api pada jam 2.41 petang semalam dan semua pelajar terselamat dari kebakaran itu.

BACA: Pusat Tahfiz 5 Bintang Pilihan Ibu Bapa

Sumber dari bharian.com.my

Orang ramai masih lagi dibayangi tragedi kebakaran pusat Tahfiz yang lepas bila sebuah lagi Pusat Pengajian & Tahfiz Nur Al-Quran, Rantau Panjang, Klang mengalami nasib yang semalam.

Sumber dari bharian.com.my

Seorang pelajar Tahfiz itu memberitahu semua pelajar berada di tingkat bawah semasa kejadian, lapor Berita Harian.

Sumber dari bharian.com.my

“Ketika sedang belajar, ada pelajar perempuan datang dan memaklumkan kepada kami ada asap hitam keluar dari arah asrama,” jelasnya.

Sumber dari bharian.com.my

Seramai 17 anggota dan pegawai Balai Bomba Penyelamat Kota Raja dan Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam api kebakaran.

Sumber dari themalaymailonline.com

“Laporan awal dapati ia melibatkan asrama pusat tahfiz bangunan dua tingkat. Tingkat atas telah terbakar 100 peratus, tetapi api dapat dikawal pada jam 3.15 petang,” lapor jurucakap bomba.

Syukur rasanya bila semuanya selamat walaupun bilik asrama terbakar teruk kerana nyawa yang hilang tiada gantinya. Semoga ada pihak memberi bantuan kepada pusat Tahfiz ini supaya mereka dapat membaiki kerosakan akibat kebakaran.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Dibuka Semula Bulan Depan
5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan
Lebih 20 Pelajar Tahfiz Terkorban

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tergeliat Lidah Nak Sebut