Kerana Takut Ular Cikgu Sanggup Gendong Anak Murid
Seorang cikgu sentiasa mengutamakan anak muridnya dalam setiap perkara bahkan kadangkala mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan mahupun keselamatan anak murid yang disayangi. Begitu juga dengan seorang cikgu wanita yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Alor Setar Kedah apabila sanggup mendukung anak muridnya ketika banjir melanda.
BACA: Beginilah Harga Madu Termahal Di Dunia
Pada pagi tadi Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar Lepai, Alor Setar telah dilanda banjir kilat sehinggakan beberapa kelas Tahun satu dan Dua telah dinaiki air dan menyebabkan para murid terpaksa dipindahkan ke kelas tingkat atas.
Beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang guru wanita, Farrah Norashikin Juhari, 35, telah viral apabila beliau sanggup mengendong anak muridnya kerana risau dipatuk ular.
Menurut Farrah ketika ditemui Harian Metro beberapa anak muridnya telah tertinggal bekal makanan dan wang di dalam kelas dan beliau risau untuk membenarkan mereka meredah air banjir.
“Saya kemudian menawarkan diri mengendong lima murid dari dewan tempat berkumpul ke kelas mereka yang hanya terletak puluhan meter saja,” ujar cikgu berani itu.
Tambahnya lagi ada beberapa anak muridnya segan apabila mahu digendong tetapi beliau menerangkan tentang keadaan tersebut dan tidak mahu perkara yang tidak elok terjadi di sekolah tersebut.
“Keadaan pagi tadi memang kalut, tetapi ini bukan kejadian pertama banjir kilat berlaku, setiap kali hujan lebat pasti terjadi bah,” beritahunya lagi.
Menjadi kebiasaannya apabila banjir kanak-kanak pasti akan seronok melihat air banjir dan kerana itu juga Farrah dan para guru di sekolah tesebut melakukan kawalan ketat bagi menjamin keselamatan anak murid mereka.
- SUMBER
- Harian Metro