Ramai mencari nasi bajet dan memilih untuk berjimat dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Semakin banyak kedai makan yang menawarkan harga rendah untuk menarik pelanggan datang ke kedai kerana mereka tahu semua barang mahal di zaman sekarang.

BACA: Berniaga 20 Tahun, Teh O Panas Masih 20 Sen

Perkara itu membuatkan pemilik Restoran Nasi Talam Dangau, Rabeah Yaacob, 61 tahun, menawarkan hidangan bajet serendah RM3.

Bukan itu sahaja, restoran yang terletak di Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah itu juga mempunyai hidangan bermula RM5 seperti nasi goreng, chicken chop dan char kuey teow udang.

Menurutnya, dia juga menghidangkan set makan tengahari seperti set ikan pekasam, keli goreng, bawal goreng, ikan siakap goreng dan ayam goreng bersama ulam, nasi dan sos pencicah pada harga antara RM5 hingga RM9.

Tambahnya, dia akan memperkenalkan konsep kad untuk mengumpul mata supaya pelanggan berpeluang untuk memenangi hidangan nasi talam secara percuma.

Restoran Nasi Talam Dangau mempunyai enam jenis hidangan talam berharga RM35 hingga RM95 dengan pilihan hidangan makanan laut, kambing bakar dan asam pedas sebagai menu utama.

Selain itu, Rabeah atau mesra dipanggil Mak Teh turut memberi potongan 10 peratus kepada pelajar sekolah dan pelajar universiti.

Restoran itu dibuka dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam pada setiap hari. Jika anda tinggal di Kedah, anda tak perlu risau lagi soal makanan kerana banyak kedai makan murah seperti restoran ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Restoran Tambah Percuma Tolong Pelanggan Berjimat
Bihun Sup Daging ‘Lebih’ Makin Popular
Lelong Udang Harimau RM35 Satu Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar