Kadang-kadang masyarakat kita terlebih prihatin mengenai perkara yang terjadi kepada seseorang hingga mereka rasa tak selesa.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia dimasukkan ke hospital dan menerima tumpuan orang ramai kerana keadaan fizikalnya.

BACA: Makanan Hospital Di Jepun Mungkin Yang Terbaik Di Dunia

Lelaki tersebut, Faisal Md Ali, 29 tahun, dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Terengganu, akibat masalah obesiti kritikal.

Disebabkan dia memiliki fizikal yang besar dari orang lain, dia menjadi tumpuan di wad apabila ada orang datang melawat ahli keluarga di hospital tersebut.

“Hanya Allah saja yang tahu betapa saya malu setiap kali menjadi tontonan awam kerana keadaan fizikal saya,” luahnya.

Selain itu, berat badannya telah mencecah 286 kilogram (kg) dan menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan seperti penglihatan, bengkak kaki serta sesak nafas.

Berikutan itu, dia telah membuat permohonan untuk menukar wad namun gagal kerana kurang kelayakan. Sebelum ini dia pernah berpindah ke wad kelas kedua tetapi kini ditempatkan di wad kelas ketiga.

Walau bagaimanapun, Faisal memahami polisi HSNZ dan tak menyalahkan mana-mana pihak mengenai masalah yang dihadapinya.

Malah, dia turut memberitahu akan menjalani pembedahan mengecilkan saluran usus dalam masa terdekat.

Kita seharusnya menghormati privasi orang lain kerana tak semua orang selesa diperhatikan sepanjang masa di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital
Mesin Tebu Sedut Tangan Tuan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

HALAL Tak Strawberi Kat Korea?