Biasanya kalau pergi ke pasar, kita pasti akan berdepan masalah untuk membuat bayaran, sama ada tiada wang kecil atau peniaga tiada wang kecil untuk baki bayaran.

Seorang peniaga sayur di sebuah pasar di Sibu, Sarawak menjual sayur dan buah-buahan secara cashless atau bayaran tanpa tunai untuk pelanggannya.

BACA: Bayar Nasi Kerabu Di Kelantan Guna Bitcoin

Sumber dari sinarharian.com.my

Penjual sayur, Judy Fang, 55 tahun, membuat keputusan untuk menggunakan sistem tersebut selepas menghadiri satu ceramah e-dagang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toga Capital Sdn Bhd, Michael Toh pada bulan lepas.

Menurutnya, sistem cashless ini memudahkan dirinya sebagai peniaga kerana tak perlu sediakan baki bayaran kepada pelanggan dan pelanggan juga boleh membeli sayur jika terlupa membawa duit.

“Lagipun sekarang semua orang ada telefon pintar, jadi ia juga cara pintar untuk berniaga,” katanya.

Selain itu, dia turut menerangkan cara bayaran menggunakan kod T-pocket yang dicetak pada sehelai kertas di gerainya.

“Untuk membuat pembayaran, mereka hanya perlu mengimbas kod itu menggunakan telefon mereka dan membuat pembayaran ke akaun T-pocket saya,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Fang masih mengamalkan sistem bayaran tunai di gerainya cuma dia berharap orang ramai boleh menerima sistem cashless satu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Jujur Bayar Semula Makan Nasi Kak Wok
Ikat Tepi Kena Bayar 30 Sen? Ini Jawapan Tuan Kedai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Roti John Cheese Padu, Meatball Cucuk Sedap!