Padah Hina Sultan Perak
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya, itulah pepatah sesuai menggambarkan situasi dihadapi oleh seorang pelajar tingkatan enam apabila dia ditahan kerana memuatnaik status menghina sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 13 Oktober lepas.
BACA: Biadap Sangat Hina Sultan, Akhirnya Kena Tangkap
Dia dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.
Sebelum ini, pelajar sebuah sekolah di Muar, Johor berusia 18 tahun itu didakwa menghina sultan Perak di laman sosial Twitter menggunakan akaun @farhaleigh dan mengaku bersalah mengenai perkara itu.
Pelajar tersebut dikatakan menulis komen itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan melakukan perbuatan itu di Bandar Baru Medan Ipoh, Ipoh, Perak pukul 10.30 malam pada hari kejadian.
“Prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, ramai masyarakat hilang tatasusila dan kamu faham apa itu maksud tatasusila?, tatasusila ialah jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina supaya kita dapat hidup dalam keadaan makmur,” jelas Majistret Siti Hafiza Jaafar.
Menurutnya, kesalahan dilakukan pelajar itu membolehkan dia dipenjara tetapi dia dikenakan hukuman denda kerana masih bersekolah.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Ini Kalau Tak Edit, Mesti Bayar Punya Ni”
Sultan Johor: Tutup Premis Haram, Termasuk Tahfiz
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
“Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”
- SUMBER
- HARIAN METRO