Kini fesyen sudah menjadi pelik. Semakin pelik cara solekan anda, semakin terkenal anda nanti. Jika sebelum ini trend atau gaya kening beralun menjadi tular di negara kita, kini gaya kening ala McDonald’s pula menjadi pilihan golongan muda masa kini.

BACA: Nak Cantik, Wanita ‘Tambah’ Bulu Hidung

Gaya kening yang berbentuk seperti M itu pada mulanya hanyalah gurauan oleh seorang blogger kecantikan, Huda Kattan.

Tak lama selepas itu, gaya itu diikuti pula oleh seorang selebriti Youtube, Elena Beauty dan kemudiannya menjadi popular.

Kini, ramai warga laman sosial menggemari gaya kening McD itu dengan melukisnya sendiri dan memuatnaik di laman sosial. Siap ada tanda pagar (hashtag) untuk kening tersebut!

Mungkin jika gaya ini akan menjadi trending di Malaysia pula lepas ini. Terkejut nanti jika terserempak orang sebegini di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sefarra Tiru Sephora?
Akhirnya Ada Cara Mudah Nak Guna Touch N Go
Sanggup Jual Dara Demi iPhone 8

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Gila Chicken Balado Dekat Sini!