Chef Wan ’Tegur’ Tetamu Datang Beraya
Sudah pastinya rumah anda pasti akan dipenuhi sanak saudara yang datang berkunjung sempena hari raya Aidilfitri ini. Anda juga dapat menyaksikan pelbagai ragam semasa beraya dan tak kurang juga ada yang tidak sengaja tertumpahkan air atau makanan ketika beraya.
BACA: 7 Tips Mudah Buat Open House Raya Ini
Walaupun ia nampak normal namun sebagai tuan rumah, anda pasti akan berasa marah atau sakit hati kerana perabot rumah baru sahaja ditukar dan dijaga dengan elok.
Namun, seorang chef terkenal, Chef Wan, mempunyai cara tersendiri menangani isu ini dengan memberitahu kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumahnya supaya mereka lebih menjaga adab ketika berada di rumah orang.
“Setiap Hari Raya saya pasti ada masalah all this Rendang atau kuah kacang yang leave a stain on my dining chair. My bro kata ada guests tadi anaknya jatuhkan air di atas kerusi,” tulisnya di laman sosial Instagram.
Tambahnya lagi, dia juga akan menegur jika ada tetamunya mengambil makanan dalam kuantiti banyak tetapi tidak menghabiskannya kerana perbuatan itu dianggap membazir serta membuatkan tetamu lain tidak sempat merasa makanan tersebut.
“Saya suka tegur depan2 secara baik. I rather not have such a guests that does not learned how to menghormati rumah tetamu mereka,” sambungnya lagi.
Chef Wan turut berkata kanak-kanak juga harus ditegur sejak kecil lagi. Dia berpendapat kanak-kanak harus diberi perhatian ketika berada di rumah orang dan dididik dengan penuh adab supaya mereka tidak mengundang kemarahan tuan rumah.
Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Chef Wan itu. Kita harus menghormati tuan rumah dan mengawal anak-anak kecil supaya tidak mengganggu atau merosakkan harta benda orang lain.
Teguran juga harus diberi dalam nada yang lembut supaya tetamu tidak terasa hati dan mudah untuk menerima teguran kita.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tertinggal Baju Raya?
- SUMBER
- INSTAGRAM CHEFWAN58