Batu-bata biasanya digunakan untuk membuat rumah, namun lelaki ini pula ketagih untuk makan batu-bata setiap hari.

Dia mula memakan batu-bata dan lumpur sejak berumur 10 tahun dan masih ketagih makan batu-bata sehingga ke hari ini.

BACA: Makan Pizza Setiap Hari Tapi Berat Turun

Video berdurasi selama 2:09 saat itu menunjukkan kehidupan Pakkirappa Hunagundi, 33 tahun, berasal dari India yang memiliki selera pelik dengan memakan batu-bata, pasir dan lumpur.

Sumber dari metro.co.uk

“Saya perlu makannya pada setiap hari dan saya tidak boleh berhenti,” ujarnya yang tak mahu makan benda lain selain benda-benda pelik itu.

Sumber dari kolagenlaut.blogspot.my

Malah, ibunya turut risau dengan selera pelik anaknya itu hingga membuat apa sahaja yang termampu untuk dia berhenti makan benda pelik tetapi gagal.

“Anda boleh bagi ayam goreng tetapi saya tetap memilih lumpur untuk dimakan,” terangnya yang sanggup menolak sepinggan nasi berlauk.

Sumber dari kolagenlaut.blogspot.my

Menurutnya, dia akan memakan satu batu-bata dan lumpur sebanyak tiga kilogram (kg) sehari untuk menampung ketagihannya.

Berikutan itu, doktor menjelaskan Hunagundi berkemungkinan menghidap penyakit gemar memakan sesuatu objek yang tidak berkhasiat iaitu Pica.

Sumber dari metro.co.uk

Biasanya, seseorang yang menghidap penyakit tersebut suka makan objek bukan makanan seperti sabun, rambut, batu, skru dan banyak lagi.

Namun, Hunagundi menjelaskan dia tak pernah jatuh sakit semenjak makan objek pelik itu.

Jika ada rawatan berpanjangan, penyakit sebegini boleh dirawat kerana ia boleh mengancam nyawa mereka terutama yang suka makan objek tajam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Satu Sebab Jamal Buka Restoran Makan Free
Makanan ‘Peha Wanita’ Jadi Kegilaan Di Jepun
Jepun Perkenal Mandian Berperisa Makanan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dengan RM65, Anda Boleh Makan Thai Shell Out Berulang Kali!