Hilang Pasport, Denda Sehingga RM1,000
Penalti akan dikenakan terhadap sesiapa yang hilang pasport akibat kecuaian bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Antara penalti yang bakal dikenakan adalah pemilik pasport harus membayar denda sebanyak RM 200 hingga RM 1,000.
BACA: Mengamuk Sebab Gerai Kena Roboh Sebelum Raya
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kerajaan telah menerima cadangan tersebut termasuklah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagi pemilik pasport yang baru pertama kali hilang pasport, anda akan dikenakan denda sebanyak RM 200. Jika pasport hilang untuk kali kedua, anda perlu membayar RM 500 dan wajib membayar RM 1,000 jika ia hilang untuk kali ketiga.
Tetapi, jika pasport anda hilang akibat kecurian, musnah akibat bencana alam, pemilik pasport harus membuat laporan polis dan pihaknya akan menyiasat kes tersebut.
Kesimpulannya, jagalah pasport anda dengan selamat jika tidak mahu pasport anda disalah gunakan oleh orang lain yang berniat jahat dan secara tidak langsung dapat menjimatkan wang anda daripada dikenakan penalti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry
- SUMBER
- SINAR HARIAN