Gara-gara mahu berkahwin dua dalam masa yang singkat, seorang lelaki jatuh sakit kerana terlalu memikirkan perkahwinannya yang berkemungkinan terpaksa dibatalkan.

Sebelum ini kisah perkahwinan lelaki tersebut tular di laman sosial kerana dia meletakkan gambar dua pengantin perempuan dalam kad undangan perkahwinannya.

BACA: Ini Punca Remaja Meninggal Di Kenduri Kahwin

Cindra dari Kecamatan Sungai Lais, Musi Banyuasin (Muba), Palembang, Indonesia bakal berkahwin dengan dua isterinya iaitu Indah Lestari pada 6 November dan Perawati tiga hari kemudian.

Masalah timbul apabila pihak Pejabat Wilayah Kementerian Agama Sumsel hanya menerima satu permohonan nikah daripada Cindra dengan Indah dan tidak menerima permohonan pernikahan keduanya bersama Perawati.

Pengarah Pejabat Wilayah Kementerian Agama Sumsel, Alfitri Zabidi berkata suami harus menghantar permohonan berpoligami jika mahu berkahwin dua.

Menurut bapa saudara Cindra, dia akan membuat permohonan berpoligami selepas berkahwin dengan isteri pertamanya iaitu Indah.

Berikutan itu, Cindra sangat terkejut dan jatuh sakit kerana mendapat berita perkahwinannya hampir dibatalkan akibat isu tersebut.

“Saya sudah membelanjakan banyak wang termasuk menjemput 1,500 tetamu ke majlis itu nanti. Namun, saya gembira apabila keluarga bakal pengantin perempuan tidak meneruskan niat itu,” jelasnya.

Mengimbau kembali detik perkenalan bersama kedua bakal isterinya, Cindra memberitahu dia bercinta dengan Perawati selama setahun dan pada masa yang sama bercinta dengan Indah dalam diam.

Dia mengambil keputusan untuk berkahwin bersama kedua-dua wanita itu selepas berjumpa dengan keluarga mereka.

Bukan mudah untuk berpoligami kerana anda harus berlaku adil, pandai bahagi masa dan menjaga hati para isteri serta mampu memberi nafkah dengan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03