Makan Tikus Demi Awet Muda
Wanita memang sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik dan menawan. Ada yang sanggup membuat pembedahan plastik dan tak kurang juga mengamalkan cara tradisional seperti memakan jamu.
Namun, wanita di Vietnam percaya makan tikus mampu membuatkan wajah mereka awet muda dan kelihatan cantik.
BACA: Buang Semua Makanan Gara-Gara Tikus
Walaupun ia kedengaran agak jijik, tetapi golongan wanita di negara tersebut sudah lama mengamalkan petua itu sejak dahulu.
Akan tetapi, mereka tidak memakan sebarang tikus dan hanya makan tikus sawah kerana ia lebih bersih serta hanya makan tanaman padi dan sawah sahaja.
Untuk membezakan tikus sawah dan tikus biasa ialah tikus sawah mempunyai bulu berwarna coklat muda dan kepala lebih besar berbanding tikus biasa.
Berikutan itu, harga tikus sawah lebih mahal dan mempunyai pelbagai khasiat seperti kandungan asid amino essential yang tinggi untuk membuatkan kulit lebih cantik dan bertambah muda.
Penduduk wanita Vietnam biasanya memasak tikus dengan kari, goreng, sup dan sebagainya kerana daging haiwan itu dikatakan manis.
Sanggupkah anda makan tikus demi mendapatkan kulit cantik dan awet muda? Jangan sampai termuntah pula bila makan nanti.
ARTIKEL BERKAITAN:
Terpaksa Makan Makanan Tikus Untuk Hidup
Kematian Adik Thaqif Berpunca Dari Kencing Tikus
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!
- SUMBER
- WORLD OF BUZZ