Dalam dunia serba mahal ini, ramai orang menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan namun akhirnya ditahan oleh pihak yang berkuasa.

Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah akibat tembikai. Kenapa mereka ditahan hanya kerana tembikai? Takkan makan tembikai pun jadi kesalahan pula kan.

BACA: Lihat Bagaimana Tembikai Dibentuk Jadi Gaun

Gambar sekadar hiasan

Dua sahabat itu dikatakan dihadapkan di mahkamah seksyen Ayer Keroh, Melaka sebab tembikai dan juga air mineral.

Gambar sekadar hiasan

Punca mereka ditahan ialah mereka menggunakan duit palsu RM100 di sebuah kedai buah untuk membeli kedua-dua barang tersebut di Kota Laksamana Jaya, Melaka.

Menurut mStar, mereka melakukan perbuatan itu pukul 6.40 petang pada 9 Oktober lepas.

Walau bagaimanapun, kedua-dua tertuduh tak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibuat ke atas mereka selepas pertuduhan dibacakan.

Kemudian, hakim membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 seorang. Mungkin mereka tiada duit atau mempunyai niat tersendiri kenapa melakukan perbuatan tersebut.

Akan tetapi, memalsukan duit bukanlah cara yang betul untuk kita mendapatkan sesuatu barangan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Laksa Johor Senang Dapat Di Melbourne
Bunga Goreng Dijual Di Thailand?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Hebat Sangat Ke JDT & Mee Siput? 🔥 🔥 | MailTime #2