Semua tahu bahawa Pulau Pinang baru sahaja pulih dari banjir besar yang melanda negeri itu. Banyak harta benda yang tak sempat diselamatkan dan rosak dimasuki air banjir seperti barang keperluan rumah, kereta dan banyak lagi.

Tanah runtuh juga berlaku di banyak tempat hingga kerja membaikpulih akan mengambil masa agak lama.

BACA: Banjir Teruk, Bandar Pulau Pinang Lumpuh

Antara kawasan terjejas teruk mengenai tanah runtuh ialah Bukit Bendera. Untuk makluman anda, Bukit Bendera akan ditutup selama sebulan untuk melaksanakan kerja membaikpulih landasan kereta api bukit serta pembersihan di kawasan runtuhan.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Cheok Lay Leng, memberitahu pihaknya mengesan 48 lokasi yang terjejas akibat tanah runtuh dan halangan pokok tumbang kerana hujan ribut pada Ahad lepas.

“Setakat ini, usaha membersihkan kawasan terbabit sedang dilakukan dan tempoh agak lama diperlukan kerana kawasan runtuhan di cerun menyukarkan kerja pembersihan,” jelasnya.

Sumber dari freemalaysiatoday.com

Menurutnya, pihak mereka akan melakukan pembaikan secara berperingkat terhadap kawasan dan laluan terjejas serta mengutamakan di kawasan puncak bukit yang mempunyai rumah penduduk dan kemudahan pengunjung.

Selain itu, pihaknya tak dapat memberikan anggaran tepat keluasan kawasan yang mengalami kerosakan dan terlibat dengan tanah runtuh kerana runtuhan tanah menyukarkan mereka untuk masuk ke kawasan tersebut.

Sumber dari freemalaysiatoday.com

Sebelum ini, penduduk dan pelancong yang terkandas di sekitar Bukit Bendera berjaya diselamatkan menggunakan helikopter dan laluan darat oleh pihak bomba dan dari pelbagai pihak agensi lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Datang Pulau Pinang, Kena Singgah Muzium Makanan Ini
Kang Gary Pekena Cendol Di Pulau Pinang
Pulau Pinang Bazir Hampir 1 Tan Sisa Makan Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Di Penang, Kami Makan Rojak Sambil Tonggek!