Kena Diet Kalau Nak Naik Pangkat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil pendekatan drastik bagi memastikan para pegawainya menjalani hidup yang sihat apabila menegaskan bahawa anggota yang mempunyai berat badan belebihan tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
BACA: Wifi Percuma Di Pasar Malam Ipoh
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, setiap anggota PDRM kini perlu menjalani ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI).
Saranan itu dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan setiap anggota dapat menjalankan tugas dalam keadaan sihat.
Sebelum ini, PDRM bakal menguatkuasakan program Trim dan FIT tahun depan sebelum proses pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat dilaksanakan.
Sementara itu, PDRM menjelaskan bahawa memiliki tubuh badan ideal bukan kriteria utama untuk semua pegawai menikmati kenaikan pangkat namun ia merupakan salah satu syarat yang wajib diikuti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedut Telur Di Kelantan
- SUMBER
- Bernama