Setiap bencana yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 nampaknya memberi keuntungan kepada pemilik dusun dan penjual durian di Kampung Gajah, Perak apabila hasil durian tiba-tiba meningkat pada musim durian kali ini.

BACA: Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion

Gambar sekadar hiasan

Pemilik dusun durian, Othman Ali Mohd Hashim, 49 tahun, memberitahu musim durian tahun ini memberi hasil yang tak diduga sejak banjir besar berlaku pada tahun 2014 lalu.

Menurutnya, hampir semua pemilik dusun durian menerima hasil ‘durian runtuh’ hinggakan kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai kerana mencari raja buah itu.

“Bukan itu saja, keluarga yang jauh dan dekat pun datang secara tak langsung dapatlah bersembang sebab ada yang lama tak jumpa,” jelasnya.

Terdapat beberapa jenis buah yang dihasilkan seperti durian kunyit, durian lumpur dalam, durian tako tambo, durian kaca puri dan durian hybrid seperti D24 dan durian udang merah.

Gambar sekadar hiasan

Tambahnya, keenakan durian kampung tak dapat menandingi durian hybrid kerana rasanya lebih berlemak dan bergas membuatkan ianya diminati ramai.

“Harga boleh kata murah dan berpatutan kalau nak banding dengan harga buah durian kahwin yang sangat mahal. Di kawasan Pasir Salak ini harga jualan buah durian dari kami kepada peraih sekitar RM7 sekilogram bagi gred A dan RM3 sekilogram bagi gred C,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

Manakala harga jualan peraih atau penjual kepada pembeli antara RM12 hingga RM25 bergantung kepada peraih dan penjual itu sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:
Di China, Musang King Hampir Sama Popular Dengan iPhone X
Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan
Festival Durian Bakal Diadakan Di Pahang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan 6 Jenis Durian Dalam Masa 2 Jam?