Biasanya kaum wanita memang suka jika lelaki dapat membantu dalam mengemas rumah terutama jika sudah berkahwin.

Namun, seorang wanita di Mesir menuntut cerai hanya kerana suami yang baru dinikahinya terlalu rajin mengemas rumah dan menyusun perabot.

BACA: Suami Isteri Hampir Bercerai Kerana Mengigau

Gambar sekadar hiasan

Wanita dikenali sebagai Samar M berusia 28 tahun itu tak tahan duduk sebumbung bersama suaminya, Mohammad S, 31 tahun, yang baru dinikahinya selama dua minggu hanya kerana terlalu rajin.

Menurutnya, suaminya menghalang dirinya untuk membantu ketika dia mengemas keseluruhan rumah. Wah, bukan senang dapat suami rajin macam ni.

Gambar sekadar hiasan

Tambahnya, dia cuba menyuarakan perkara tersebut tetapi ditolak dan harus mengikut syarat suaminya.

Untuk pengetahuan anda, suaminya memiliki gedung pakaian dengan sejumlah pekerja yang ramai dan disebabkan itu dia mempunyai banyak masa di rumah.

Gambar sekadar hiasan

“Kami baru berkahwin dua minggu. Kami bercinta lebih dua tahun tetapi saya dah tidak tahan lagi hidup bersamanya kerana sikap dia,” luahnya kepada portal berita Mesir, Masrawy.

Mungkin Samar berasa terkongkong dan tak boleh melakukan kerja rumah seperti wanita lain membuatkan dia tertekan hingga mahu bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Kisah Cerai Talak 3 Sebab Mak Mertua Yang Viral

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Baling Dengan Keropok?