Kini makin ramai anak muda mula berniaga pelbagai jenis perniagaan tak kira dari segi produk kecantikan, barang keperluan dan tak kurang juga berniaga makanan.

Seorang gadis manis ini turut tak ketinggalan apabila dia menjual nasi ayam bakar selepas waktu bekerja di Petaling Jaya dan menjadi tular di laman sosial Twitter.

BACA: Viral Punya Pasal, 1 Hari 1 Tan Udang Celup Tepung Terjual

Pada mulanya, gadis manis yang dikenali sebagai Wana atau @wanasulaiman21 meminta warga laman sosial Twitter untuk retweet statusnya yang mahu mempromosikan jualan nasi ayam bakar yang dijualnya.

Dengan kuasa viral, gadis itu mendapat 4,697 retweet dan 2,261 likes selepas itu. Dia juga memberitahu lokasi gerainya terletak di Taman Medan, Petaling Jaya.

Menurutnya, ayam bakar yang dijual diperap menggunakan bahan rempah yang berkualiti dan sihat sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet.

Nasi juga menggunakan beras perang manakala sos lada hitam juga dibuat sendiri. Untung siapa yang jadi suami Wana nanti kerana pandai memasak.

Di samping itu, Wana turut memberitahu harga bagi nasi ayam bakar mengikut jenis ayam dan set nasi. Senang sikit bila dah tahu harga awal-awal boleh buat perkiraan awal sebelum pergi sana.

Nampaknya ramai yang tak sabar nak mencuba nasi ayam dan ada yang tak sabar nak berjumpa gadis manis ini sekali.

Untuk pengetahuan anda yang ingin mencuba nasi ayam bakar, ia dibuka dari Isnin hingga Jumat pukul 5.30 petang hingga 11 malam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Abang Bomba Punya Puding Karamel Laris!
Teh Ais Bangla Laris, Orang Beratur Panjang?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Telur Di Kelantan